Sunday, May 8, 2011

Murabbi Cinta

Penulis : Ustaz Hasrizal Abdul Jamil (saifulislam.com)
Penerbit : Galeri Ilmu

"Andai cinta ingin dibawa ke syurga,
Kenapa dibiarkan cintu itu ada noktah dan hujungnya?"

Karya ini merupakan kesinambungan daripada 'Aku Terima Nikahnya' dan 'Bercinta Sampai ke Syurga' yang di mana kedua - duanya Yaya belum baca lagi.Hehehe...
Murabbi Cinta membawa kita mendekati alam rumah tangga dan mendidik anak - anak dengan cara yang santai dan bersahaja tetapi masih berlandaskan cara hidup Islam.  Karya ini juga mengajar kita secara meluas apa erti cinta yang sebenarnya.

Murabi Cinta terbahagi kepada empat bahagian ;
  1. Hidup di pandangan mata hati.
  • Ini merupakan bab permulaan bagi Murabi Cinta di mana ustaz Hasrizal menyatakan pentingnya niat.
     2.  Cinta mereka permulaan kita
  • Mengupas bagaimana mendidik anak - anak dengan cara yang lebih bagus dan lembut
     3.  Cinta Gunung Berapi
  • Mengupas tentang perkahwinan di usia muda yang menjadi trend masakini
  • Mengatasi kehambaran di dalam alam perkahwinan
     4.  Cinta Agung
  • Inilah murabi cinta kita
  • Cinta Nabi Muhammad SAW pada Allah, para sahabat, para isteri baginda, serta umatnya



Saturday, May 7, 2011

Harum Cempaka


AUTHOR: Norhayati Berahim

Kredit to Ryna,junior di 1st College kerana pinjamkan akak novel ni.Duration day membaca 1 malam jika tak sibuk.

Novel ini mengisahkan Chempaka yang lahir sebagai anak tanah rancangan, hidup susah lantaran ayahnya yang tidak bertanggunggjawab malahan bermukah dengan Mak Usunya.Okey cerita ni tidak memfokuskan sangat kehidupan Chempaka.

Novel ini memfokuskan tentang fitnah Contoh watak Aida dan Mami Andrian yang sesuka hati mak bapak tiri dia memfitnah orang dengan maha dasyatnya. Kepercayaan kita dengan orang yang kita rapat, contohnya ketika Aida memfitnah Chempaka sebagai perempuan yang tidak elok kepada Andrian tetapi hati Andrian teguh dan percaya dengan keperibadian Chempaka.

Hubungan antara lelaki dan perempuan.Syed Adhil dan Chempaka.Bodoh dan butanya mata Syed Adhil bila perempuan yang baik di depan mata. Kadang kala itu realiti kan.Kita berkawan dengan lelaki dan suka tapi last2 kita member jer..

Then jangan simpan perasaan dendam.Seperti mak Chempaka kepada ayahnya,Pak Hassan.Walaupun Pak Hassan dah buat onar dengan family dia, mak Chempaka tetap menolongnya.

Lastly, kehidupan kita boleh berubah dengan usaha, Seperti Chempaka dan keluarganya, dari miskin mereka berjaya mendaki tangga kesenangan..serta ditekan kan solat tidak dilupakan

Novel ini best dan banyak pengajaran.Bukan kisah chenta semata - mata.

Hijab Sang Pencinta

TAJUK : HIJAB SANG PENCINTA
NUKILAN : RAMLEE AWANG MURSHID
TERBITAN : ALAF 21 SDN. BHD
Meskipun Yaya merupakan peminat tegar Ramlee Awang Murshid (RAM), Yaya tidaklah biased dalam menulis review kali ini. Novel ini merupakan novel yang Yaya tunggu – tunggu selepas Bagaikan Puteri dan Cinta Sang Ratu. Malangnya, perasaan membuak @ excited itu tiada bila Yaya membaca novel ini. Yaya tidak tahu kenapa.
Kisah ini bermula dengan Manggala(serigala jadian) yang dilarikan oleh Rajikin dari novel yang lalu. Bagaimana si Manggala ini berusaha untuk membunuh Laksamana Sunan. Selain itu, Laksamana Sunan juga diburu oleh Panji Tengkorak yang kononnya warisan dari Nyi Burga Kelara. Jatuhnya kerajaan Pulau Utara(Maharani) sehingga tenggelamnya pulau itu dan mengakibatkan ombak besar hingga ke Tanah Rencong(Aceh). Kematian bonda Saifudin akibat permainan halus si Melor meruntun perasaan kerana ketidaksampaian hasrat untuk bertemu anakandanya.Sikap Sultan Melaka yang masih tidak kebah dari murka menyebabkan Laksamana Sunan terpaksa menyembunyikan diri ke sebuah gua. Bermula dari sini, keagungan Allah yang tidak kita duga berlaku, Laksamana Sunan bangkit di abad 21.
Walau bagaimana pun, RAM tetap pujaan hati Yaya..eh.hehehehe.Novel kali ini telah melengkapkan trilogy beliau. Alangkah bagusnya Laksamana Sunan itu benar – benar ujud.Aduh kepingin sekali ingin bertemu. Lihat bagaimana kesannya penulisan beliau.WAJIB BELI.


Cinta Hari-hari Rusuhan



Penulis : Faizal Tehrani
Terbitan : CESB

Mengisahkan kisah percintaan yang terjadi kala rusuhan di zaman dua era iaitu era 70 – an dan era 90 – an. Konflik dua darjat di zaman 70 – an antara Basri dan Tengku Valizah. Perjuangan golongan mahasiswa untuk golongan mahaen menerima padah apabila perjuangan dan demontrasi mereka di patahkan oleh pihak berkuasa. Tengku Valizah pula dipaksa berkahwin dengan sepupunya, Raja Hisyamuddin. Manakala Basri pula hidup dalam pelarian apabila rakan – rakan seperjuangannya ditangkap oleh pihak berkuasa. Basri terus melarikan diri hingga ke Kota London dan terus menetap di sana. Manakala Tengku Valizah mengalam tekanan perasaan sehingga beliau sakit.
Kisah terus berlalu hingga ke zaman 90 – an di mana Basariah bertemu Basri ketika rusuhan di London. Basariah mula jatuh cinta dengan Basri tetapi tidak kesampaian apabila mengetahui Basri adalah kekasih lama bondanya melalu diari bondanya. Basariah cuba membawa Basri pulang ke Malaysia untuk bertemu bondanya.
Novel ini memang sangat menarik untuk dihayati. Semangat perjuangan para mahasiswa ketika dulu memang sangat mengagumkan. Jalan penceritaan yang hebat. Mengambil latar Universiti Malaya sebagai pusat mahasiswa,memang menarik memandangkan aku sendiri mahasiswa di gedung ilmu itu. Perubahan masa juga telah menyebabkan para pejuang dulu telah beralih arah menjadi pembelot. Bagaimana dikatakan mahasiswa kini lebih senyap dan tidak berani memperjuangkan keadilan.

Faizal Tehrani memang mengagumkan melalui novel ini.

Manikam Kalbu

Penulis : Faisal Tehrani
Penerbit : Dewan Bahasa dan Pustaka

Jatuh cinta.Ya Yaya jatuh cinta dengan novel neyh.If one day, I had my own library, novel neyh pasti akan ada.Confirm!

Walaupun cover depan agak comel -comel gitu, tapi don't judge a book by it's cover..aah..no.no..Di dalamnya sarat dengan ilmu tentang seni fesyen dan busana kaum Melayu.

Mengisahkan Ziryab Zaim, seorang pelajar berusia 17 tahun yang mengejar cita-citanya untuk mengembalikan kegemilangan Melayu di dalam seni busana dan fesyen. Berhadapan dengan masalah apabila neneknya, seorang tukang jahit jatuh sakit dan menghidap alzheimer.

Juga mengisahkan kisah dari zaman Kesultanan Melayu Melaka, bagaimana terciptanya busana untuk kaum Melayu. Di mana setiap perinciannya berteraskan agama.Di sinilah tarikan novel ini. Olahan bahasa dahulu kala yang sangat indah serta penceritaan tentang kain - kain serta busana kaum Melayu dari serantau yang senang di fahami.

Penghubung di antara dua alam ini sebenarnya adalah seekor kucing dari jenis Madura.Nak tau selanjutnye.Dapatkan novel ini!!!

Antara frasa menarik dlm novel ini..

"Sains itu hanyalah proses sedang seni itu hasilnya"