Saturday, May 7, 2011

Cinta Hari-hari Rusuhan



Penulis : Faizal Tehrani
Terbitan : CESB

Mengisahkan kisah percintaan yang terjadi kala rusuhan di zaman dua era iaitu era 70 – an dan era 90 – an. Konflik dua darjat di zaman 70 – an antara Basri dan Tengku Valizah. Perjuangan golongan mahasiswa untuk golongan mahaen menerima padah apabila perjuangan dan demontrasi mereka di patahkan oleh pihak berkuasa. Tengku Valizah pula dipaksa berkahwin dengan sepupunya, Raja Hisyamuddin. Manakala Basri pula hidup dalam pelarian apabila rakan – rakan seperjuangannya ditangkap oleh pihak berkuasa. Basri terus melarikan diri hingga ke Kota London dan terus menetap di sana. Manakala Tengku Valizah mengalam tekanan perasaan sehingga beliau sakit.
Kisah terus berlalu hingga ke zaman 90 – an di mana Basariah bertemu Basri ketika rusuhan di London. Basariah mula jatuh cinta dengan Basri tetapi tidak kesampaian apabila mengetahui Basri adalah kekasih lama bondanya melalu diari bondanya. Basariah cuba membawa Basri pulang ke Malaysia untuk bertemu bondanya.
Novel ini memang sangat menarik untuk dihayati. Semangat perjuangan para mahasiswa ketika dulu memang sangat mengagumkan. Jalan penceritaan yang hebat. Mengambil latar Universiti Malaya sebagai pusat mahasiswa,memang menarik memandangkan aku sendiri mahasiswa di gedung ilmu itu. Perubahan masa juga telah menyebabkan para pejuang dulu telah beralih arah menjadi pembelot. Bagaimana dikatakan mahasiswa kini lebih senyap dan tidak berani memperjuangkan keadilan.

Faizal Tehrani memang mengagumkan melalui novel ini.